Konvensyen Pemikir MUDA : Usul PEMIKIR MUDA CUEPACS



Datuk Hj Omar Bin Osman , Pejuang Pekerja Sektor Awam , Presiden CUEPACS

seterusnya tuan tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian . Assalamualaikum W.B.T, Salam 1 belia 1 Malaysia, Salam 1 Cuepacs Kebajikan Diutamakan,Produktiviti Dipertingkatkan, 

Menyedari : Perubahan zaman yang menuntut kecermelangan kerjaya serta tanggung jawab bersama keluarga yang semakin mencabar dan perlu bejalan seiring bagi mendapatkan nafkah yang 'halallan toyyiba' manakala keluarga pula adalah tonggak lonjakan produktiviti. Kami Pemikir Muda CUEPACS akan membahaskan Usul 'KEBAJIKAN GENERASI MUDA, DASAR & POLISI SERTA IDEA & INOVASI YANG BERTEMAKAN MEMPERKASAKAN GENERASI MUDA PENJAWAT AWAM'

SAUDARA DAN SAUDARI SEPERJUANGAN SEKALIAN,

Alam perkahwinan merupakan satu alam yang unik dan penuh dengan cabaran ,bagi golongan muda melayari 5 tahun pertama perkahwinan, merupakan tempoh yang cukup  mencabar terutama keadaan ekonomi global yang tidak menentu. Ini termasuklah bagi yang mempunyai bayi yang berumur diantara 3 bulan ke 2 tahun dan Kanak-kanak berumur 2 tahun hingga 5 tahun. 

Ini adalah  kerana kos bagi menghantar mereka sekiranya dihantar ke nurseri swasta hampir kepada 1/3 gaji ibubapa muda. Maka dengan itu kami ingin mengusulkan perkara berikut :

•        Pihak kerajaan dapat mengawal harga rumah dari dimanipulasi pihak berkepentingan dengan mengenakan syarat supaya rumah yang belum mencapai tempoh 5 tahun selepas menerima kunci hanya boleh dijual kepada agensi kerajaan dan dinilai oleh jurunilai kerajaan. Ini bagi mengelakkan rumah baru terutama di lembah Klang dinilai terlebih tinggi.

•        Menurunkan Kadar faedah dari 4 peratus kepada  1 peratus bagi pembiayaan perumahan kakitangan  awam.  Ini adalah kerana kadar faedah 4 peratus yang dikenakan sebelum ini merupakan kadar faedah yang dikenakan pada ketika faedah bank 12 hingga 14 peratus

•        Membenarkan Tanah yang telah dibeli oleh suami melalui pinjaman perbendaharaaan dapat dibina rumah oleh Isteri dengan pinjaman isteri  dalam tempoh masa yang sama.

•        Pemotongan pinjaman perumahan  bermula 2 tahun selepas mendapat kunci rumah. Ini  adalah bagi mengalakan golongan muda yang baru berkerja mampu memiliki rumah kerana gaji mereka masih rendah.

•        Menyediakan pinjaman tanpa faedah bagi Penjawat Awam yang ingin  berkahwin kali pertama dengan kadar sekurang-kurangnya RM 10,000.00 bagi  tempoh pembayaran balik selama 5 tahun secara One-Off.

•        Menyediakan kemudahan Taska Permata di setiap Jabatan dan Organisasi  kerajaan termasuk kawasan perumahan baru terutamanya di pinggir bandar. Ini adalah kerana taska Permata ini telah diakui yang terbaik di Malaysia. Langkah  ini juga dapat mengurangkan tekanan kewangan  relatif  dan sosial ibubapa muda terutamanya di Bandar dan pinggir Bandar (Sebagai contoh di Daerah Klang, cuma ada satu Taska PERMATA KEMAS sedangkan Populasi penduduk di Daerah Klang sehingga tahun 2010 seramai 832,600 orang )  besar harapan kami agar Penubuhan Taska Permata Kemas dapat ditambah sesuai dengan ratio populasi penduduk terutama di pinggir Bandar atau organisasi kerana ianya bukan sahaja meningkatkan produktiviti Penjawat Awam malahan pekerja-pekerja Swasta khususnya ibu bapa muda warga  kilang, pekerja-pekerja pasaraya  dan sebagainy dapat merasai nikmat dari kemudahan tersebut.

•        Menyediakan pusat jagaan bayi harian di pejabat.  Ini bagi menggalakkan lagi program penyusuan ibu serta mengelakkan generasi baru diberikan susu bayi tiruan kerana keberkatannya berbeza. Mengambil contoh, bagi tahun 2011 sahaja Peratusan bayi yang diberi susu ibu sehingga berumur enam bulan pada ketika itu adalah sangat rendah iaitu hanya 14.5 peratus dari 63,000 bayi yang dilahirkan pada tahun tersebut . Ianya dilaksanakan dengan Majikan menyediakan tempat di dalam bangunan yang sama. Justeru itu kami menyarankan bukan hanya Hospital sahaja yang mempunyai Rakan Bayi tetapi Jabatan-Jabatan dan Agensi-Agensi kerajaan perlulah menyediakan fasiliti yang menyokong kepada program tersebut.

•        Selain itu pusat jagaan harian  bagi warga emas (ibu bapa penjawat awam ) juga dapat diwujudkan dengan kos ditanggung  bersama kerajaan dan Penjawat awam. Usaha ini akan mengalakan golongan muda rapat dengan ibu bapa mereka seterusnya menjadi contoh kepada generasi baru. Ibu bapa penjawat awam juga perlu diberi perhatian kerana dengan kepesatan dan perubahan iklim perkhidmatan awam yang menuntut komitmen kami yang tinggi manakala ibubapa kami yang semakin berusia maka  kami ingin berbakti pula kepada mereka.

•        'YA ALLAH YA TUHAN kami, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua kami, berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi lah mereka, Aminn yarabillialamin. ..."

Saudara dan Saudari Sekalian,

Seperti mana kerajaan lain di seluruh dunia, Kerajaan Malaysia berhadapan dengan persekitaran global yang pesat berubah. Harapan dan tuntutan terhadap perkhidmatan awam semakin meningkat, menuntut agenda tranformasi dilaksana. Dalam melaksanakan agenda transformasi, tuntutan melahirkan inovasi juga tidak lari dari penjawat awam muda yang mempunyai idea dan ciptaan baru yang bakal menguntungkan negara. 

Walaubagaimanapun, hasil inovasi ini kerap mati separuh jalan, apatah lagi ciptaan produk baru dengan mudah dipasarkan oleh orang lain yang akhirnya merugikan penjawat awam yang berinovasi lantas mematahkan semangat untuk menjadi kreatif dan inovatif. Maka dengan itu, kami mengusul perkara-perkara berikut untuk diberi pertimbangan  bagi menggalakkan dan mempercepatkan proses transformasi perkhidmatan awam:

1           Mewujudkan bank idea serta inovasi penjawat awam dan belia yang dikawal selia oleh MYIPO bagi melindungi idea dari diciplak oleh pihak lain dan merugikan penyumbang idea di masa yang akan datang.

2           Menganugerahkan geran kepada penjawat awam yang berjaya mencipta produk inovasi untuk mengembangkan hasil penyelidikan mereka dan  dan membenarkan mereka terlibat dalam perniagaan dan memasarkan produk mereka yang telah dipatenkan dalam tempoh yang difikirkan sesuai.Mengikut amalan biasa pegangan hak paten adalah 70peratus milik pencipta manakala 30peratus milik universiti atau organisasi.

Masalah pengkomersilan yang memerlukan syarikat lain untuk memasarkan produk tersebut menyebabkan ianya mengambil masa yang lama dan masalah ini biasanya berlaku kepada pagawai pelaksana dan akhirnya hasil ciptaan mereka disimpan dalam gambar-gambar kenangan organisasi. Warga Akademik  biasanya tidak mempunyai masalah ini kerana mempunyai pelbagai geran penyelidikan yang disediakan kepada mereka antaranya FRGS MTDC

3           Menganugerahkan ganjaran berbentuk  kewangan yang  setimpal bagi kumpulan Kreatif dan inovasi dalam perkhidmatan awam. Ini adalah kerana buat masa ini hasil produk inovatif yang mereka lakukan hanya menerima sijil dan piala yang tidak memberikan impak didalam Penilaian Prestasi Tahunan.

4           Memberikan peluang kepada Pegawai Pelaksana dalam program yang terancang untuk membuat latihan praktik di organisasi  luar Negara sekurang-kurangnya bagi tempoh 3 bulan.  Ini bagi merancakkan dan  mempercepatkan lagi proses tranformasi. Amalan biasa, setiap lawatan Penandarasan ke luar Negara hanya melibatkan pegawai tertinggi di setiap jabatan , manakala pegawai pelaksana adalah pelukis kepada gambaran yang diberikan oleh pegawai tersebut.  Lantaran itu, akan berlaku ketidak fahaman gambaran sebenar terhadap dasar yang ingin di implementasi di jabatan berkenaan dan  menyebabkan usaha transformasi yang ingin dilaksanakan terbantut dan lembab.

Pemikir Muda sekalian,

Situasi politik semasa sering menyebabkan penjawat awam dikambing hitamkan atau menjadi batu loncatan bagi meraih populariti politik. Maruah penjawat awam juga tidak diambil kira ketika melaksanakan     tugas apabila diarah untuk membuat sesuatu yang pelik seperti memulangkan harta rampasan tanpa mengikut peraturan atau  prosedur yang telah ditetapkan

Merujuk kepada kes SBPA pula hanya Seorang Ahli Parlimen sahaja yang memahami isu berkaitan dan telah menentang perlaksanaannya.  Terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Najib yang telah menyelesaikan kemelut itu.

Selain itu terdapat juga usaha agar penjawat sektor awam dikurangkan sehingga 50 peratus tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada individu dan juga ekonomi Negara.

Bagi  mengelakkan  kami dari terus menjadi mangsa kepada politik rakus dan tidak bertanggungjawab sesetengah pihak.
maka kami mengusulkan agar:

Presiden Cuepacs atau Mantan Presiden Cuepacs  Secara automatiknya dilantik menjadi Senator di  Dalam Dewan Negara bagi mewakili penjawat awam yang kini seramai 1.4 Juta di seluruh Malaysia.

Akhir Kata, kami mengucapkan Jutaan Terima Kasih  terutama kepada Pemikir Muda Cuepacs, yang telah bersama-sama merangka usul ini dan kepada bapa kami Cuepacs Malaysia yang telah memberi kepercayaan kepada kami bagi mewakili CUEPACS, setinggi penghargaan juga kami berikan kepada Sekretariat Konvesyen pemikir Muda Malaysia diatas peluang yang telah diberikan dan akhir sekali kepada Perdana Menteri Yang Dikasihi YAB DATO' SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, Perdana Menteri Malaysia yang sudi mendengar dan InsyaALLAH, mempertimbangkan kami.

Sekian Terima kasih .

Saya mohon mencadang.
             
Previous
Next Post »